Syarikat penerbangan urus pengembara diberi NTL - Saifuddin

Syarikat penerbangan urus pengembara diberi NTL – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail dalam sidang akhbat khas di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya proses penghantaran pulang pengembara yang ditolak masuk ke negara ini (NTL) diuruskan syarikat penerbangan tanpa pembabitan pihak ketiga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat selaras Chapter 5, Artikel 5.9 Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Chapter 5, Artikel 5.9.

Beliau berkata, kerajaan berpandangan syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang termasuk urusan beri makan, minum dan tiket penerbangan balik

“Akta Imigresen 1959 dan 1963 juga disebut bahawa syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk urusan penghantaran pulang.

“Kabinet hari ini bersetuju proses penghantaran pulang ini diuruskan syarikat penerbangan tanpa melalui pihak ketiga,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini

Katanya, keputusan itu membolehkan penjagaan terhadap pengembara yang diberi NTL akan ditambah baik berbanding sebelum ini.

Saifuddin berkata, syarikat penerbangan juga perlu bertanggungjawab sebelum mengeluarkan pas berlepas dan memastikan sama ada pengembara itu sudah mempunyai tiket pulang atau tidak.

“Jika mereka datang sini tiba-tiba tidak dapat melepasi Imigresen sebab isu tiket pulang, sebab itu (undang-undang antarabangsa) syarikat penerbangan itu bertanggungjawab untuk kembalikan semula pengembara ke lokasi dia datang,” katanya.

Jelasnya lagi, kebiasaannya pengembara diberi NTL ditahan antara satu hingga tujuh hari, bergantung kepada berapa cepat proses penghantaran pulang mereka dibuat.

Ditanya bila keputusan Jemaah Menteri itu akan berkuat kuasa, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincang lebih lanjut antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan.

“Perkara mengenai syarikat dilantik NTL (Mono Circle) juga akan turut dibincang kemudian,” katanya.

Katanya, tiga negara tertinggi pengembara NTL di pintu masuk negara iaitu Bangladesh, Pakistan dan India.

Sementara itu, Saifuddin turut mengesahkan dua wanita warga China yang terkait dalam insiden kekecohan di Lapangan Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini sudah pulang ke negara asal pada 4 Julai lalu.

Pada masa sama, katanya, beliau turut menegur media yang membuat laporan bercanggah memetik sumber tidak dinamakan berkait keberadaan dua wanita itu.

“Wanita itu pulang menerusi syarikat penerbangan Shenzen Airline ZH9030 jam 8.55 malam, itu dicatatkan dalam rekod imigresen.

“Jadi saya minta media kena cermat dan hati-hati, jangan petik sumber sembarangan, menyanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, petik sumber tidak dinamakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya