Sultan Selangor berangkat jalani pembedahan di London esok - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berangkat jalani pembedahan di London esok

Sultan Selangor
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan berangkat ke London esok bagi menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP).

Baginda dijadualkan berada di negara itu lebih dua minggu dan dijangka pulang ke tanah air pada 15 Ogos depan.

Pejabat Sultan Selangor menerusi kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap bagi merafak sembah ucapan selamat berangkat kepada Sultan Sharafuddin kelmarin.

“Anwar mendoakan agar baginda sentiasa dianugerahkan keafiatan dan urusan pembedahan itu. Semoga baginda dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera,” katanya hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya