Suasana sayu lihat kerusi Salahuddin kosong - Utusan Malaysia

Suasana sayu lihat kerusi Salahuddin kosong

GAMBAR yang dikongsi Mohd. Zuki Ali mengenai kekosongan kerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika mesyuarat Jemaah Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini berlangsung dalam suasana lain daripada biasa setelah tempat duduk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong ekoran pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub ke rahmatullah kelmarin.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, suasana sayu amat dirasai beliau tatkala melihat kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham sebagai salah seorang sahabatnya dalam Jemaah Menteri.

“Meskipun beliau telah tiada, semangat dan komitmen beliau dalam menggalas tugas sebagai anggota Kabinet khususnya dalam menangani isu kos sara hidup rakyat akan diteruskan dan diperjuang sehingga agenda kerajaan tercapai,” kongsi beliau menerusi satu hantaran Facebook hari ini.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam kelmarin selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Jenazah Ahli Parlimen Pulai itu telah selamat dikebumikan pada pukul 12.05 tengah hari semalam di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian.

Perasaan sama juga dirasai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut memuat naik gambar kerusi Salahuddin di dalam bilik mesyuarat Kabinet.

“Dalam ingatan Kabinet. We remember you (kami ingat anda) Salahuddin Ayub,” tulis beliau menerusi satu hantaran Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya