Suami isteri disimbah asid oleh wanita tidak dikenali

Suami isteri disimbah asid oleh wanita tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib malang menimpa pasangan suami isteri apabila disimbah asid ketika berada dalam lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 3.10 pagi, kelmarin.

“Mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 60 tahun manakala suaminya warga asing berusia 37 tahun.

“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang anak lelaki berumur 14 tahun sedang masuk ke dalam  lif sebelum didatangi wanita tidak dikenali menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Arifin berkata, kedua-dua mangsa menjerit kesakitan dan meluru keluar dari lif berkenaan untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang, di sini selepas meminta bantuan orang awam di lokasi kejadian.

Terdahulu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular dalam media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.

Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus selepas mereka memasuki lif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya