Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut

Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja utiliti didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut lelaki untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya (tertuduh), dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 41 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, pekerja utiliti itu didakwa bersubahat dengan tukang urut itu dengan memaksa isterinya berusia 40 tahun melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya tanpa kebenaran mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Sentul di sini antara pukul 8.30 malam dan 10 malam pada 13 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.

Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, tukang urut itu pula mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada tempat, masa dan tarikh yang sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol kemudian membernarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya