Strok haba disahkan punca kematian anggota PLPGA - Utusan Malaysia

Strok haba disahkan punca kematian anggota PLPGA

ANGGOTA polis trafik mengiringi van membawa jenazah Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kematian anggota Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, semalam, berpunca akibat strok haba.

Komandan PLPGA Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir berkata, keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 8 pagi tadi.

“Bedah siasat telah pun selesai sekitar pukul 11.30 pagi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kem PGA Briged Utara untuk dimandi dan dikafankan.

“Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Keratong Satu, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang untuk pengebumian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Muhamad Irfan dilaporkan meninggal dunia selepas rebah sebelum diserang sawan dan meracau ketika sedang mengikuti kursus asas Pasukan PGA Siri 1/2023.

Difahamkan, Muhamad Irfan daripada Cawangan Kompeni Demo PLPGA itu baharu sahaja tiga hari melapor diri sebagai peserta kursus tersebut pada Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN