STPM: 108 calon lulus cemerlang di Perak - Utusan Malaysia

STPM: 108 calon lulus cemerlang di Perak

MOHAMAD Fauzi Mahson menunjukkan analisis peperiksaan STPM 2022 dalam sidang akhbar sempena pengumuman STPM 2022 peringkat negeri di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seramai 108 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Pengarah Pendidikan negeri, Mohamad Fauzi Mahson berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 0.96 peratus berbanding tahun sebelumnya seramai 74 orang.

Katanya, PNGK yang direkodkan di negeri ini bagaimanapun menunjukkan penurunan 0.03 peratus daripada 2.75 pada tahun 2022 berbanding 2.78 pada tahun sebelumnya.

“Seramai 3,421 calon telah menduduki STPM di 55 pusat peperiksaan di seluruh negeri dengan 3,357 calon lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran.

“Daripada jumlah itu, seramai 53 calon lulus lima prinsipal (1.55 peratus) dan 2,366 calon lulus empat prinsipal (69.16 peratus).

“Manakala, 517 calon lulus tiga prinsipal (15.11 peratus), 256 calon lulus dua prinsipal (7.48 peratus) dan 165 calon lulus satu prinsipal (4.82 peratus).

“Jumlah calon lulus penuh itu menyaksikan peningkatan seramai 20 calon berbanding 3,337 calon pada tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman STPM 2022 peringkat negeri di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah dan Naib Canselor UTP, Profesor Tan Sri Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Menurut beliau, sebanyak 30 buah sekolah berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus pada peperiksaan STPM tahun lalu.

Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek mempamerkan prestasi cemerlang dengan merekodkan 12 calon memperoleh PNGK 4.0 diikuti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet (7), SMK St. Michael (6) dan SMK Methodist (4).

“Sebanyak lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan membabitkan bahasa Arab, tahfiz Al-Quran, Usuluddin, kesusasteraan Melayu, pengajian perniagaan, bahasa Cina, sejarah dan ekonomi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya