SPRM kini di TikTok, mahu terus dekati lapisan masyarakat

SPRM kini di TikTok, mahu terus dekati lapisan masyarakat

AZAM Baki melancarkan akaun rasmi TikTok SPRM pada program pemantapan rakan strategik media SPRM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerapkan konsep ‘muda’ mengikut zaman dalam pencegahan rasuah agar matlamatnya sampai ke setiap lapisan masyarakat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak penguat kuasa seperti SPRM perlu mengamalkan konsep tersebut agar terus kekal relevan dan dapat mendampingi masyarakat.

“Kita perlu mengamalkan konsep muda mengikut zaman. Jika ketika ini zaman media sosial, kita tidak boleh jadi ‘old school’ tetapi perlu 15 tahun ke belakang menjadi muda.

“Sekarang ini zaman teknologi, jadi saya juga perlu guna teknologi. Tik Tok juga sudah menjadi begitu terkenal. Jadi saya menyarankan agar SPRM juga mempunyai Tik Tok,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini hari ini.

Pada program sama, Azam turut melancarkan akaun Tik Tok rasmi SPRM sebagai satu platform terkini suruhanjaya itu menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan rasuah.

“Masyarakat kini dilihat tidak lagi suka untuk membaca artikel panjang-panjang sebaliknya lebih berminat untuk meneroka maklumat menerusi media sosial yang dilihat lebih santai dan dalam bentuk info grafik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya