SOP kesihatan lebih spesifik untuk PRN, PRK 

SOP kesihatan lebih spesifik untuk PRN, PRK 

DR. Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan secara lebih spesifik untuk pilihan raya negeri (PRN) enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya akan berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi menambah baik SOP berkenaan.

Katanya, segala keputusan berhubung perkara tersebut akan diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum tiba hari mengundi.

“Buat masa ini, kita masih mengguna pakai SOP sedia ada.Kita akan ada SOP tertentu kepada mereka yang positif Covid-19 dan masih dalam tempoh kuarantin untuk keluar mengundi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Zaliha berkata, di bawah penilaian semula SOP, individu yang positif Covid-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya