Sokongan pengundi tidak terjejas calon ada masalah rumah tangga - Utusan Malaysia

Sokongan pengundi tidak terjejas calon ada masalah rumah tangga

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Perikatan Nasional (PN) Terengganu percaya sokongan pengundi terhadap seorang calon yang bertanding di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini tidak terjelas selepas didakwa mempunyai masalah rumah tangga setelah berkahwin dengan seorang wanita di negara jiran pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengundi di DUN terlibat semakin bijak untuk menilai tohmahan yang disebarkan parti lawan di media sosial terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya rasa pengundi sekarang ni lebih sedar, cermat dan lebih mengetahui mana satu mainan yang  berlaku di media sosial, mana satu masalah keluarga dan mana satu isu sebenar, isu pokok dalam satu satu pilihan raya dan pada kami ia tidak memberi kesan pada pengundi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan seorang wanita di daerah ini mendakwa ‘digantung tidak bertali’ oleh suaminya yang merupakan salah seorang calon kerusi DUN sebuah parti politik dalam PRN ini.

 Ezza Suria Muda, 38, berkata, suaminya yang berusia lewat 40-an didakwa bertindak mendiamkan diri selepas perkahwinan mereka di negara jiran diketahui isteri pertama lelaki tersebut pada Oktober tahun lalu. 

Sementara itu, ahli politik itu ketika ditemui pemberita ketika selesai proses penamaan calon enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut. 

“Insya-Allah, kita akan mengambil tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya