Sokongan Bn beralih PN: hanya pandangan politik - Zambry

Sokongan Bn beralih PN: hanya pandangan politik – Zambry

gaza
ZAMBRY ABD KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak terkesan dengan dakwaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa kononnya ramai pemimpin dan ahli akar umbi UMNO menzahirkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu boleh berkata apa sahaja termasuk dakwaan peralihan sokongan kerana ia sekadar satu pandangan di pentas politik.

“Sebagai ahli politik pastinya dia (Ahmad Faizal) akan kata dapat sokongan itu dan ini tetapi itu pandangan dia lah. Jadi soal ada sokongan itu semua, kita tengok nanti dalam PRN ini,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) Bil. 2/2023 di Wisma Putra, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Ahmad Faizal mendakwa ramai pemimpin dan ahli akar umbi UMNO menzahirkan sokongan kepada PN untuk membantu memenangkan gabungan itu pada PRN bulan depan.

Pengerusi PN Negeri Sembilan itu berkata, mereka menyatakan sokongan itu ketika bertemu dalam siri jelajah ke seluruh Negeri Sembilan sebagai persiapan menghadapi PRN, 12 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Luar berkata, BN khususnya UMNO mempunyai pandangan tersendiri dalam gerak kerja, sokongan kepada parti serta gabungan.

“Kita berkeyakinan apa yang kita sampaikan dalam usaha kita untuk memastikan negara stabil, teruskan kerja untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan membawa pelaburan masuk ke negara, itu adalah tumpuan yang kita berikan.

“Ketika mana kita bercakap soal politik, jangan lupa kita juga perlu meletakkan negara dalam konteks yang stabil. Kita telah melakukan ini di bawah kepemimpinan Perdana Menteri yang turut meminta supaya kita beri tumpuan bagaimana kita hendak bina semula negara kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya