Skuter elektrik, basikal jadi pengangkutan utama

Skuter elektrik, basikal jadi pengangkutan utama

RATA-RATA penduduk di Pulau Ketam, Klang, Selangor menggunakan skuter elektrik dan basikal untuk kegunaan harian ekoran penempatan itu tidak mempunyai jaringan jalan raya seperti tempat lain. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGGUNAAN skuter elektrik antara perubahan dalam garis masa penduduk di Pulau Ketam, Klang, Selangor yang menjadikannya sebagai pengangkutan utama setiap hari.

Walaupun ramai menggunakan skuter elektrik, masih terdapat sebahagian mereka menunggang basikal di pulau yang dibuka sejak 1880-an itu.

Skuter atau basikal menjadi pengangkutan utama berikutan Pulau Ketam yang berkeluasan 23,000 kaki persegi itu tidak mempunyai jaringan jalan raya seperti di tempat lain.

Malah, jalan-jalan yang menghubungkan antara rumah, pekan dan jeti itu hanya boleh dilalui kenderaan tersebut dan pejalan kaki. Pulau Ketam adalah gugusan paya bakau yang dibuka oleh masyarakat Cina dari China.

Ia merupakan gugusan paya bakau suatu ketika dahulu yang ditemukan sekumpulan kecil pendatang dari China berketurunan Hainan melalui Pelabuhan Klang sekitar lewat abad ke-19 yang membina penempatan di situ kerana kaya dengan hidupan laut, iaitu ketam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya