Siti Kasim: Suspek mungkin pelajari cara buat bom di internet - Utusan Malaysia

Siti Kasim: Suspek mungkin pelajari cara buat bom di internet

POLIS giat jalankan siasatan terhadap kes penemuan bom buatan sendiri pada kereta milik Siti Kassim dan menggangap tindakan ini sebagai cubaan bunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim, Jumaat lalu, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di internet.

“PDRM masih menjalankan siasatan termasuk motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, seramai sembilan saksi dipanggil untuk dirakam percakapan bagi siasatan kes berkenaan.

Semalam, polis menyifatkan tindakan meletakkan bom di bawah kereta Siti Kasim satu jenayah serius.

Razarudin dilaporkan berkata, perbuatan itu umpama satu cubaan membunuh namun polis kini giat menjalankan siasatan.

“Kita sedang mengesan cap jari bagi mengumpul bukti-bukti berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya