Singapura komited bantu atasi kesesakan di Tambak Johor

Singapura komited bantu atasi kesesakan di Tambak Johor

SINGAPURA komited laksana beberapa inisiatif bantu selesai isu kesesakan aliran trafik di Tambak Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor mendapat maklum balas positif kerajaan Singapura.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, republik berkenaan turut mengambil beberapa langkah proaktif dalam mengurangkan kesesakan di sempadan tersibuk di dunia itu.

Menurut beliau, antara inisiatif yang sedang dan akan dilaksana Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura termasuklah Pengurusan trafik dinamik masa nyata.

“Tujuannya adalah agar pihak berwajib dapat memahami aliran trafik serta waktu bersesuaian untuk melakukan operasi khas. Sebagai contoh, laluan kereta akan ditukar kepada laluan motosikal jika melihat kesesakan pada waktu puncak, selain memantau kesesakan penumpang dan perjalanan ulang-alik bas agar tiada sebarang kelewatan dan keperluan menambah bilangan bas penumpang.

“Manakala bermula awal tahun depan, Singapura akan memperkenal Sistem Automatik Pelepasan Dalam Kereta Penumpang (APICS) di mana ia mengguna kod QR di kaunter dan pegawai imigresen akan menjalankan pemeriksaan imej muka penumpang dalam kereta menggunakan data yang diperoleh melalui kod QR.

“Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen,” katanya selepas melawat Pusat Pemeriksaan Woodlands di Singapura bagi melihat sendiri gerak kerja serta urus tadbir pintu sempadan, semalam.

Tambah Onn Hafiz, pihak berkuasa republik berkenaan turut bercadang memperkenalkan ‘loop system’ atau sistem lingkaran bagi membolehkan perkhidmatan bas Causeway Link (CW) tidak lagi perlu melepasi imigresen, sebaliknya boleh membuat pusingan U untuk mengambil atau menurunkan penumpang di Woodlands Checkpoint atau Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Semoga segala perancangan kedua-dua negara ini akan memberi sejuta manfaat kepada pengguna. Insya-Allah,” jelasnya lanjut.

Terdahulu, Onn Hafiz memberikan komitmen bahawa kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah legasi iaitu kesesakan aliran trafik di Tambak Johor dan juga di LinKedua menjelang tahun depan.

Tambak Johor yang merupakan laluan darat utama antara Malaysia dan Singapura menyaksikan seramai lebih 300,000 pengembara berulang-alik setiap hari antara kedua-dua negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya