Sindiket judi online sasar warga Nepal tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket judi online sasar warga Nepal tumpas

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis menumpaskan satu sindiket judi online yang menyasarkan pelanggan dari Nepal selepas menahan lima lelaki termasuk seorang lelaki warga asing dalam tiga serbuan di lokasi berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kira-kira pukul 7.30 petang semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Barat Daya dan Timur Laut membuat tiga serbuan di dalam daerah Barat Daya dan Timur Laut.

Jelasnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di kawasan Persiaran Pantai Jerejak, Bayan Lepas dekat sini yang mana tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berusia 30 hingga 41 tahun yang dipercayai menjalankan aktiviti pelaburan dan perjudian online ditahan.

Menurutnya, pemeriksaan awal di premis itu mendapati terdapat aktiviti berunsurkan judi online berlaku menggunakan pautan “bwc88nep.com” dan “merc.adminbwc88ags.com”.

”Kira-kira pukul 10.35 malam kemudian, serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah di kawasan Jelutong yang mana seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun ditahan.

”Selepas itu, kira-kira pukul 11.30 malam, serbuan ketiga dibuat di sebuah premis pejabat di kawasan Jelutong.

”Premis ini dipercayai dijadikan lokasi untuk untuk operasi mencipta iklan (graphic designing), pengedaran iklan (flashing dalam media sosial Facebook), penyediaan platform perjudian “bwc88nep.com” dan “merc.adminbwc88ags.com” ke negara seperti Nepal, Singapura dan Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan di permis tersebut turut menjumpai pelbagai peralatan antaranya satu set mesin disyaki digunakan untuk melombong mata wang kripto; komputer riba pelbagai jenama; CPU komputer pelbagai jenama; monitor komputer pelbagai jenama, telefon bimbit pelbagai jenama dan banyak lagi.

Dalam pada itu, katanya, sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak September 2021 sehingga sekarang dan bertukar-tukar lokasi dalam tempoh sebulan hingga enam bulan bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

”Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 22 Julai depan.

“Kes disiasat antaranya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan; Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya