Siapa MB Selangor, Amirudin atau Tengku Zafrul? - Soal Bersatu

Siapa MB Selangor, Amirudin atau Tengku Zafrul? – Soal Bersatu

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Amirudin Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor hari ini mempersoalkan mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya cuba untuk melobi Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Srikandi Bersatu Selangor, Jumiah Jonid berkata, usaha Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah menjadi rahsia terbuka dan sangat mengelirukan kerana Anwar adalah Perdana Menteri dari PKR, dan bukannya UMNO walaupun Barisan Nasional (BN) adalah komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Semakin kencang khabar angin mengenai hal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor jika PH-BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan rakyat negeri ini berhak untuk mengetahui siapa Menteri Besar mereka.

“Negeri Selangor memerlukan seorang pemimpin yang lebih agresif dan lebih prihatin terhadap kesusahan rakyat. Kita perlukan pemimpin yang lebih berjiwa rakyat, bukannya kayangan seperti Tengku Zafrul,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin mendedahkan rancangan untuk mengangkat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai Menteri Besar Selangor baharu sementara Tengku Zafrul menyerahkan mengenai perkara itu kepada pimpinan parti.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, Ahli Dewan Negara yang belum pernah memenangi mana-mana pilihan raya itu perlu bertanding dan menang bagi meneruskan perjalanannya dalam politik.

Baru-baru ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mendedahkan PKR pada asalnya tidak menghantar nama Amirudin untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya