Sheila Majid buat konsert di Sabah, Ogos depan - Utusan Malaysia

Sheila Majid buat konsert di Sabah, Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur (KL), Mac lalu, ratu jaz negara bakal meneruskan konsert Sheila Majid Big Band Live in Sabah yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, 12 Ogos depan.

Konsert yang dianjurkan oleh Firm Horizon Sdn. Bhd. dan AL Activators Sdn. Bhd. selaku penganjur bersama mendapat sokongan penuh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn. Bhd., Raymond Fang berkata, konsert itu dianjurkan setelah mengambil kira semua faktor dan permintaan daripada jumlah peminat Sheila yang sangat ramai.

Katanya, semasa penganjuran konsert di KL, tiket yang dijual habis dalam masa singkat.

“Kami berbesar hati mengumumkan Konsert Sheila Majid Big Band yang mendapat sambutan cukup hangat di KL akan dibawakan secara eksklusif kepada peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.

“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat yang terlepas menonton konsert Sheila sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Raymond berkata, pihaknya juga mempunyai tujuan murni untuk menyalurkan sebahagian kutipan tiket kepada Yayasan Kebajikan Sabah dalam membantu usaha kebajikan organisasi itu.

“Malah sebahagian keuntungan bersih hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu pihak yang memerlukan.

“Ini juga adalah inisiatif kami untuk memberi semula kepada masyarakat melalui bidang hiburan.”

Sheila Majid Big Band Live in Sabah akan menyaksikan persembahan Sheila diiringi oleh 17 pemuzik terdiri daripada pemain hon, pemuzik band dan penyanyi latar yang diketuai oleh satu-satunya meastro, Mac Chew.

Tiket sudah mula dijual sejak 16 Jun lalu melalui laman sesawang smlkk.qtic.my, bermula dari RM238 (Emas), RM388 (Platinum), RM588 (Berlian) dan RM738 (VIP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya