Sheikh Sudais doakan amal jemaah haji di terima Allah

Sheikh Sudais doakan amal jemaah haji di terima Allah

haji
ADA jemaah haji Malaysia kini dikatakan terkandas di Mekah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Presiden Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Shaik Abdul Rahman Al-Sudais semalam mendoakan agar haji yang ditunaikan semua jemaah pada tahun ini diterima Allah SWT.

Abdul Rahman, 63, berkata demikian sebelum mengimamkan solat Isyak di hadapan jemaah yang berhenti seketika daripada melakukan tawaf wada’ (selamat tinggal) dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.

“Wahai orang yang bersembahyang, semoga kamu semua berada di dalam rahmat, dilimpahi ketenangan dan menjadi orang yang dipelihara serta dikasihi oleh Allah SWT.

“Semua segala amal soleh jemaah diterima oleh Allah SWT,” katanya sebelum mengangkat takbiratul ihram.

Terdahulu, Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud; Putera Mahkota, Mohammed bin Salman dan semua kakitangan haramain serta jemaah atas kejayaan mengendalikan musim haji 1444H.

Sementara itu, suasana di kota ini kembali sibuk dan sesak selepas jutaan jemaah haji berpusu-pusu ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf dan sai hingga memaksa pihak berkuasa mengerah pegawai dan anggotanya mengawal pergerakan di jalan raya.

Tinjauan mendapati, anggota penguat kuasa terdiri daripada polis dan tentera sibuk mengawal lalu lintas dan pejalan kaki selain bertindak menjadikan sebahagian jalan sebagai sehala bagi melancarkan trafik.

Bunyi hon kenderaan sentiasa kedengaran selain keadaan hiruk-pikuk berlaku di kebanyakan jalan berdekatan dengan hotel menandakan pergerakan jemaah kembali sibuk.

Keadaan dijangka kembali tenang apabila sebahagian besar jemaah mula meninggalkan Mekah awal minggu depan, namun sibuk semula sebaik sahaja visa umrah diaktifkan.

Mengikut laman web Haramain Sharifain, setakat kelmarin, Kerajaan Arab Saudi memberi rawatan kesihatan secara percuma kepada lebih 400,000 jemaah haji.

Lebih 850 rawatan berkaitan jantung termasuk pembedahan dilakukan dan lebih 1,600 perubatan dialisis diberikan kepada jemaah.

“Kerajaan Arab Saudi juga telah merekodkan sebanyak tiga kelahiran dan merawat lebih 8,000 kes kecederaan yang disebabkan oleh cuaca panas,” jelas laman web itu. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya