Serangan tentera beri kesan mendalam

Serangan Tentera Diraja Sulu beri kesan mendalam

ANWAR IBRAHIM mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2023 di Dataran Pahlawan Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serangan hendap pengganas Tentera Diraja Sulu (RSF) di Perkampungan Ai Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia walaupun telah berlalu 10 tahun lamanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira tanah air pastinya dikenang dalam lipatan sejarah sebagai detik penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan.

Kataya, pelbagai ]persembahan menggamit hadirin dan pastinya yang menyentuh hati adalah persembahan pantomim mengenai pengorbanan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tatkala insiden serangan hendap pengganas di Perkampungan Ai Sri Jaya, Simunul, Semporna Sabah pada 2 Mac 2013.

“Kendatipun insiden itu telah berlalu 10 tahun lamanya, namun ia tetap memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Saya dan Azizah turut berkesempatan menyantuni isteri dan anak-anak anggota dan pegawai yang terkorban dalam insiden itu,” katanya dalam Facebook beliau.

Menurut Anwar, jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira pastinya dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya