Serah kepada Majlis Presiden buat keputusan hasrat Pejuang

Serah kepada Majlis Presiden buat keputusan hasrat Pejuang

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tiga kiri) menyerahkan bantuan operasi kepada wakil Institusi Pendidikan Agama negeri Kedah di Dewan Kenangan MPSPK, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyerahkan kepada Majlis Presiden gabungan itu untuk membuat keputusan berkaitan hasrat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhammad Sanusi berkata, beliau bagaimanapun menasihatkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menerima sebarang keputusan dengan baik dan terus memberi sokongan kepada PN.

“Keputusan diterima atau tidak (menyertai) PN itu saya tak nak jawab kerana itu di bawah Majlis Presiden PN. Kalau ikut saya, saya suruh dia (Mukhriz) sokong PN saja, undi PN pada PRN ni.

“Kalau dia (Pejuang) undi diri sendiri pun kalah juga, (jadi) untuk mengelak kerugian itu, undi PN, jangan bagi rugilah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Operasi kepada 237 wakil Institusi Pendidikan Agama di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), hari ini.

Terdahulu, Mukhriz berharap pimpinan PN dapat memberikan pertimbangan sewajarnya untuk parti itu dapat menyertai atau bekerjasama dengan gabungan tersebut.

Hasrat untuk berkerjasama itu dinyatakan supaya Pejuang tidak dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN tetapi penyatuan undi kaum itu adalah satu cara terbaik berdepan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, senarai nama calon PN bagi PRN kali ini akan diumumkan secepat mungkin.

“Saya ingat dalam dua tiga hari sebelum hari penamaan calon kita akan umumkan senarai nama. Esok (Jumaat) kita akan hantar senarai ke Majlis Syura Ulama Pas dan lusa jawatankuasa pusat akan pilih daripada senarai tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya