Seorang ibu beri sumbangan Smart TV, kipas kepada sekolah

Seorang ibu beri sumbangan Smart TV, kipas kepada sekolah

WAN NURHAZIRAH Wan Shamsuri (depan, tengah) menyumbangkan dua buah Smart TV 50 inci dan kipas kepada Jamaludin Baharun (kiri) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang ibu, Wan Nurhazirah Wan Shamsuri sanggup membelanjakan RM2,760 menyediakan sumbangan dua buah televisyen pintar (Smart TV) berukuran 50 inci dan dua kipas untuk kelas anaknya, Puteri Nelissa Aishah Muhammad Anwar di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, bandar Jerantut.

Wan Nurhazirah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut menjelaskan, sumbangan Smart TV bagi kemudahan pembelajaran digital untuk anaknya serta murid-murid lain ke arah kemenjadian insan yang lebih kreatif dan kritis dalam pem­belajaran selain meneroka pelbagai pengetahuan menerusi platform dalam talian selari dengan pendidikan moden.

“Selaku AJK PIBG, saya ter­panggil menyumbangkan se­di­kit wang untuk menyediakan peralatan berkenaan selari dengan hasrat sekolah ini untuk Memperkasakan Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS)’ bagi memenuhi pendidikan arus perdana di sekolah ini.

“Amal jariah ini dengan harapan dapat menggembirakan sekali gus galakan bagi anak saya dan keseluruhan murid SK Jerantut Jaya lebih bersungguh-sungguh serta rajin belajar dengan dibantu bahan digital seperti Smart TV,” katanya di SK Jerantut Jaya di sini semalam.

Tambah Wan Nurhazirah, dua buah kipas yang berharga RM380 juga bagi memberikan sedikit keselesaan anaknya dan rakan di kelas Tiga Naura belajar ketika cuaca panas.

Sementara itu, Guru Besar SK Jerantut Jaya, Jamaludin Baharun terharu serta teruja kerana ibu murid berkenaan menyumbangkan peralatan digital dan elektrik tersebut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya