Seorang anggota tentera maut, trak dirempuh kereta

Seorang anggota tentera maut, trak dirempuh kereta

KEADAAN trak tentera terbabit kemalangan di Lebuhraya Elite.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang anggota tentera maut selepas trak dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Lebuhraya Elite, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang di kilometer (KM) 42.1 itu, mangsa dikenali sebagai Koperal Mohamad Amir Affiq Mohd Rodzi, 31, disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah trak yang dalam perjalanan dari Kem Rasah, Seremban menghala ke Subang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, trak dinaiki mangsa tiba-tiba dirempuh kereta jenis Nissan Almera dinaiki empat lelaki.

“Siasatan mendapati, kereta berkenaan hilang kawalan akibat tayar pecah. Impak pelanggaran menyebabkan trak askar itu merempuh penghadang jalan dan terbalik di laluan bertentangan.

“Selain itu, tiga anggota tentera lain mengalami kecederaan, manakala empat mangsa dalam kereta berkenaan pula tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, trak tentera dinaiki mangsa dalam perjalanan menuju ke Subang dan konvoi bersama beberapa trak lain.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya