Senarai calon PRN Barisan Nasional (BN) di enam negeri - Utusan Malaysia

Senarai calon PRN Barisan Nasional (BN) di enam negeri

MOHAMAD Hassan (tengah) yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC). - MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARISAN Nasional (BN) menjadi gabungan politik pertama yang membuat pengumuman calon enam Pilihan Raya Negeri (PRN) secara rasmi, berbaki seminggu sebelum hari penamaan calon 29 Julai ini.
Memasuki PRN di bawah khemah ‘Kerajaan Perpaduan’, BN bertanding di 108 kerusi daripada 245 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setakat kelmarin, gabu­ngan itu mengumumkan 107 calon bagi PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 63 peratus daripada calon yang dikemukakan itu adalah muka baharu serta 18 peratus penyandang yang dicalonkan semula, manakala 20 peratus lagi pernah bertanding tetapi menawarkan diri bagi memastikan kesinambungan muka lama dan baharu.
Beliau memberi jaminan calon-calon yang ditampilkan adalah berkelayakan tinggi selain melalui semakan dari segi insolvensi, kes jenayah termasuk kes di Mahkamah Syariah.
BN turut mempertaruh nama-nama besar bagi memberi saingan kepada pencabar terdekat, Perikatan Nasional (PN) dalam PRN kali ini.
Antaranya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Datuk Seri Mahdzir Khalid; Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dun Kedah
N01 Ayer Hangat – Hisham Suhaili Osman
N04 Ayer Hitam – Hayazi Azizan
N05 Bukit kayu hitam – Zainul Abidin Mohamad
N08 Pedu – Datuk Seri Mahdzir Khalid

MAHDZIR KHALID

N09 Bukit lada – Datuk Said Ali Syed Rastan
N15 Anak Bukit – Nor Hasita Md Isa
N19 Sungai Tiang – Mohammad Fadzil Zolkifpli
N21 Guar Cempedak – Abdul Paris Abdul Hamid
N24 Jeneri – Muhamad Khizri Abu Kassim
N27 Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad
N30 Bayu – Ishak Mat
N32 Kuala Ketil – Suriati Che Mid
N33 Merbau Pulas – Asmadi Abu Talib
N36 Bandar Baharu – Nuraini Yusoff

Dun Kelantan
N01 Pengkalan Kubor – Zulkifli Abdullah
N02 Kelaboran – Mohd Rosdi Razali
N04 Wakaf Bharu – Abdul Mannan Md Said
N05 Kijang – Haris Hussein
N06 Chempaka – Nik Normi Nik Ayub
N10 Bunut Payong – Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin
N11 Tendong – Noor Hariri Mohamed Noor
N13 Meranti – Zahri Omar
N15 Gual Periok – Anuar Mohamad
N16 Apam Putra – Akbar Salim
N17 Salor – Mohamad Husain
N21 Pantai Irama – Zakiah Md Noor
N22 Jelawat – Yusri Che Noh
N23 Melor – Azmi Ishak
N25 Kok Lanas – Ahmad Deraman
N27 Gual Ipoh – Zuhairi Zakaria
N28 Kemahang – Mazli Mustafa
N29 Selising – Hashim Ismail
N31 Semerak – Marshella Ali
N32 Gaal – Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin
N33 Pulai Chondong – Muhammad Fahrakan
N35 Kemuning – Mohd Fakaaruddin Ismail
N36 Bukit Bunga – Mohd Adhan Kechik
N37 Air Lanas – Nasrul Kamaruzaman
N38 Kuala Balah – Mohd Yamiin Anuar Mat Zain
N40 Guchil – Dr Zuber Hasan
N41 Manek Urai – Suzaini Adlina Sukri
N42 Dabong – Ahmad Firdaus Muhammad
N43 Nenggiri – Ab Aziz Yussof
N44 Paloh – Amran Arifin
N45 Galas – Mohd Syahbuddin Hashim

Dun Terengganu
N.01 Kuala Besut – Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
N.02 Kota Putera – Mohammad Pehimi Yusof
N.03 Jertih – Mohd Rozaini Rasli
N.04 Hulu Besut – Nawi Mohamad
N.05 Jabi – Rosdi Zakria
N.06 Permaisuri – Hamdan Hamzah
N.07 Langkap – Sabri Mohd Noor
N.08 Batu Rakit – Bazlan Abdul Rahman
N.09 Tepuh – Muhammad Hanafi Hasan
N.10 Buluh Gading – Omar Adam
N.11 Seberang Takir – Ahmad Razif Abdul Rahman
N.12 Bukit Tunggal – Wan Noorislam Wan Hashim
N.14 Bandar – Armi Irzan Mohd
N.15 Ladang – Sabri Alwi
N.17 Alur Limbat – Yuseri Isa
N.18 Bukit Payung – Mohd Khan Abd Rahman
N.20 Pengkalan Berangan – Nik Dir Nik Wan Ku
N.21 Telemung – Rozi Mamat
N.23 Kuala Berang – Jalaludin Ismail
N.24 Ajil – Jailani Johari
N.25 Bukit Besi – Dr Din Adam
N.26 Rantau Abang – Mohd Asri Mohamad
N.28 Paka – Ahmad Abdullah Abd Wahab
N.29 Kemasik – Khairi Afiq Mohd Yusof

AHMAD SAID

N.30 Kijal – Ahmad Said
N.31 Cukai – Rahim Hussin
N.32 Air Putih – Dr Mohd Zaki Salleh

Dun Pulau Pinang
N.01 Penaga – Mohd Naim Salleh
N.02 Bertam – Reezal Merican Naina Merican

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

N.04 Permatang Berangan – Norhafizah Othman
N.05 Sungai Dua – Shaik Hussein Mydin
N.21 Sungai Acheh – Rashidi Zinol
N.40 Telok Bahang – Ahmad Zaki Shah Shah Headan

Dun Selangor
N.01 Sungai Air Tawar – Rizam Ismail
N.03 Sungai Panjang – Imran Tamrin
N.07 Batang Kali – Mohd Isa Abu Kasim
N.08 Sungai Burong – Mohamad Khir Ramli
N.12 Jeram – Jahaya Ibrahim
N.13 Kuang – Hasnal Rezua Merican Habib Merican

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN

N.17 Gombak Setia – Megat Zulkarnain Omardin
N.23 Dusun Tua – Johan Abd Aziz
N.24 Semenyih – Zulaika Anua
N.44 Selat Klang – Roslee Abd Hamid
N.51 Sijangkang – Mohd Al-Hafizi Abu Bakar
N.55 Dengkil – Noorazli Said

Dun Negeri Sembilan
N.02 Pertang – Jalaluddin Alias
N.03 Sungai Lui – Razi Mohd Ali
N.05 Serting – Muhamad Zamri Omar
N.06 Palong – Mustafar Nagot
N.07 Jeram Padang – Mohd Zaidy Abdul Kadir
N.09 Lenggeng – Mohd Asna Amin
N.15 Juasseh – Bibi Sharliza Mohd Khalid
N.16 Seri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi
N.17 Senaling – Ismail Lasim
N.19 Johol – Saiful Yazan Sulaiman
N.26 Chembong – Zaifulbahri Idris
N.27 Rantau – Mohamad Hasan
N.28 Kota – Suhaimi Aini
N.31 Bagan Pinang – Mohd Najib Mohd Isa
N.32 Linggi – Mohd Faizal Ramli
N.34 Gemas – Abd Razak Ab Said
N.35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya