Semoga haji kamu diterima - Abdul Rahman Al-Sudais - Utusan Malaysia

Semoga haji kamu diterima – Abdul Rahman Al-Sudais

SHAIK ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Presiden Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Shaik Abdul Rahman Al-Sudais mendoakan agar ibadah haji yang ditunaikan semua jemaah pada tahun ini diterima Allah SWT.

Abdul Rahman, 63, berkata demikian sebelum mengimamkan solat Isyak di depan jemaah yang berhenti seketika daripada melakukan tawaf wada’ (selamat tinggal) dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.

“Wahai orang yang bersembahyang, semoga kamu semua berada di dalam rahmat, dilimpahi ketenangan dan menjadi orang yang dipelihara serta dikasihi oleh Allah SWT.

“Semua segala amal soleh jemaah diterima oleh Allah SWT,” katanya sebelum mengangkat takbiratul ihram.

Terdahulu, Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud; Putera Mahkota, Mohammed bin Salman dan semua jemaah serta kakitangan haramain di atas kejayaan mengendalikan musim haji 1444H. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya