KUALA LANGAT: Masalah banjir di sekitar Jalan Perepat Taman Dato’ Hormat, Sijangkang perlu diselesaikan segera supaya penduduk tidak lagi berdepan kebimbangan dan bencana apabila hujan lebat.
Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Sijangkang dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Al Hafizi Abu Bakar, berkata, masalah perparitan yang menyebabkan banjir berlaku di kawasan berkenaan membelenggu penduduk sejak sekian lama.
“Penduduk mengeluh kerana terpaksa menanggung kerugian akibat banjir tiap kali hujan walaupun tidak lebat. Masalah banjir di sini sudah sekian lama berlarutan dan saya sebagai anak jati di DUN Sijangkang sudah masak sangat dengan masalah banjir kilat ini.
“Wakil rakyat di Sijangkang sebelum ini sepatutnya sepatutnya menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah rakyat yang masalah perparitan ini kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.
Beliau menambah, kerosakan yang berlaku sekian lama perlu beliau suarakan. – UTUSAN