SUMPAH, semasa Cik Bunga dapat khabar mengenai perkara ini, kita sendiri pun terkejut besar. Bukan apa, melihat kepada penampilan selebriti wanita ini yang bertudung manis, tak sangka pula dia sebenarnya seorang yang percaya kepada amalan-amalan khurafat.
Kalau Cik Bunga sebut nama dia, memang satu nusantara ini kenal. Dia pula memang suka cetuskan kontroversi. Tetapi biarlah kita sorok nama dia ya. Malu kat orang.
Kata sumber Cik Bunga, selebriti yang boleh dikatakan penyanyi juga ini, sudah lama buat kerjakerja khurafat itu. Terutama di kediamannya.
Dia mendakwa, ada satu bilik dalam kediaman selebriti tersebut, tidak dibenarkan sesiapa pun masuk.
Tak diberitahu sebab apa, tetapi sumber mendakwa, dalam bilik itu yang penting bukan ada barang berharga seperti duit atau barangan kemas. Apa yang penting, ada bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut.
Bau apa, tidaklah Cik Bunga tahu bagaimana nak gambarkan.Tetapi sesiapa pun tak dibenarkan bercakap mengenainya. Cik Bunga ada juga diberitahu antara contoh amalan yang dia buat. Tetapi tidak molek untuk kita buka semuanya di sini.
Cik Bunga tanya juga pada sumber itu, mengapa agaknya selebriti tersebut sanggup buat begitu? Katanya, antara lain sebab nak orang suka padanya. Kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang
berniaga.
Aiyoo… Cik Bunga risau esok lusa, kalau tak sempat bertaubat, nak jadi apalah agaknya itu. Kita semua nak pulang ke sana berbekalkan amalan yang baik.
Kalau amalan yang tak baik bahkan syirik yang dilakukan semasa hidup, hmmm…sendirilah fikir. Cik Bunga tak kuasa nak tolong khutbahkan. Dia pun bukan orang muda.
Usia pun orang kata, dah bau-bau tanah.