Selangor, KPKT selesaikan projek rumah terbengkalai di Morib - Utusan Malaysia

Selangor, KPKT selesaikan projek rumah terbengkalai di Morib

Morib
AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu perumahan terbengkalai melibatkan lebih 500 pembeli Rumah Selangorku di Morib, Kuala Langat akan diselesaikan kerajaan negeri bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek tersebut sedang diteliti oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan sudah pun diangkat untuk perhatian KPKT bagi diselesaikan secara bersama.

“Kita tak banyak projek sebegitu, Morib adalah salah satu yang besar, jadi saya akan minta KPKT terutamanya memasukkan projek itu sebagai yang boleh diselesaikan, sekarang dalam enam atau tujuh bulan KPKT selesaikan lapan projek terbengkalai.

“Jadi, saya berharap Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir boleh ambil tindakan sebab punca kuasanya ada di KPKT dan kita harap kementerian boleh selesaikan bersama kerajaan negeri. Ia memang dalam perhatian Timbalan Menteri yang banyak mengangkat isu rumah terbengkalai,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, lebih kira-kira 500 pembeli kediaman projek perumahan Rumah Selangorku bagi golongan B40 di sana buntu selepas rumah dibeli mereka yang sepatutnya siap pada 2020 masih belum boleh diduduki.

Lebih malang, rata-rata pembeli dikatakan sudah pun mula membuat bayaran ansuran pinjaman sekitar RM1,000 hingga RM1,500 kepada bank sejak 2019, namun perumahan jenis apartment setinggi 17 tingkat itu belum siap dibina.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menjelaskan, pembinaan rumah kos rendah seperti Rumah Selangorku adalah dasar kerajaan yang mesti dilaksanakan oleh syarikat pemaju perumahan.

“Itu polisi semua projek perumahan perlu letak Rumah Selangorku atau projek kos rendah, jadi itu memang dasar, jadi kita buat. Memanglah Rumah Selangorku kerajaan negeri yang buat, tetapi dasar kerajaan yang mengarahkan untuk buat.

“Jadi, itu kena laksanakan dan paksa mereka (pemaju), tetapi kalau kita paksa akhirnya dia gulung (rugi), yang rugi (terkesan) adalah semua (termasuk pembeli). Jadi, sebab itu penyelamat kena datang bantu dan saya tahu mereka sebagai peniaga juga tanggung rugi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya