Sekolah sukan pendidikan khas beroperasi 2025

Sekolah sukan pendidikan khas beroperasi 2025

FADHLINA Sidek beramah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang membangunkan sebuah sekolah sukan pendidikan khas yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah itu yang sedang dibangunkan di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan itu sebagai antara komitmen kementerian untuk memastikan sukan dibudayakan dan seiring dengan perkembangan semasa.

“Sekolah sukan itu juga akan membantu membentuk sahsiah dan kesihatan murid selain menerajui konsep ‘Anak Yang Baik lagi Cerdik’ diterapkan kementerian.

“Sekolah itu kini dalam pembinaan dan kami akan memastikan aspek infrastruktur dan kejurulatihan diberi perhatian utama,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2022, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya kini dalam proses menentukan jenis sukan yang akan diberi keutaman di sekolah itu termasuk yang memberi harapan untuk pingat pada kejohanan sukan paralimpik di peringkat luar negara.

Terdahulu, Fadhlina menyampaikan 13 anugerah kepada 13 penerima termasuk atlet, guru dan pegawai KPM yang cemerlang dalam MSSM tahun lalu.

Pada majlis itu, KPM turut menobatkan Anugerah Emas KPM kepada jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2022 turut menobatkan Anugerah Tunas Harapan Putera kepada Muhammad Aqil Mirza Mapiz; Anugerah Tunas Harapan Puteri (Wong Poe Syuen); Anugerah Pendidikan Khas Putera (Bryan Lau Sze Kai) dan Anugerah Pendidikan Khas Puteri (Brenda Anellia Larry).

Selain itu, Anugerah Khas Putera menjadi milik S Jegadish; Anugerah Khas Puteri (Nur Irdina Amani Imran); Anugerah Guru Berjasa Lelaki (Najmulhuda Mohd. Mokhtaruddin) dan Anugerah Guru Berjasa Wanita (Aminah Asaari).

Sementara itu, Anugerah Jurulatih Cemerlang pula menjadi milik Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah yang juga bekas jurulatih Muhammad Azeem, manakala Anugerah Tokoh Sukan Kepimpinan disandang oleh Suhaimi Sun Abdullah.

Manakala, Anugerah Putera pula disandang atlet skuasy, Harith Danial Jefri dan Anugerah Puteri menjadi milik atlet gimrama, Ng Joe Ee.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO menjadi medan bagi mengiktiraf bakat luar biasa dan dedikasi atlet murid sekolah yang cemerlang dalam bidang sukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya