Sekat kenderaan barangan tidak atasi kesesakan trafik

Sekat kenderaan barangan tidak atasi kesesakan trafik di Cameron Highlands

KEADAAN kesesakan trafik di Cameron Highlands semasa cuti Aidiladha dan hujung minggu kelmarin. – UTUSAN/IHSAN REACH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Kese­sakan aliran trafik di Cameron Highlands setiap Jumaat hingga ke Ahad memerlukan kajian menyeluruh selepas larangan terhadap kenderaan barangan melalui jalan-jalan tertentu di pusat peranginan popular itu tidak mengatasi masalah.

Presiden Persatuan Keseda­ran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, larangan yang berkuatkuasa mulai 16 Jun lalu dari pukul 10 pagi hingga 3 petang pada ketiga-tiga hari berkenaan gagal mencapai matlamat untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Menurutnya, ini dapat dilihat semasa cuti sempena Aidiladha dan hujung minggu kelmarin dan semalam, apabila kawasan pelancongan itu dibanjiri pelancong dan mereka tetap mengharungi kesesakan trafik yang teruk.

Katanya, ini membuktikan kenderaan berat atau kenderaan barangan tiada kena mengena dengan kesesakan trafik di sini.

“Pihak berkenaan me­nga­takan kenderaan berat pun­ca kesesakan trafik tetapi se­lepas larangan terhadap kenderaan sedemikian daripada menggunakan laluan di sini, kese­sakan trafik masih sama, tidak berkurangan malah kese­sakan semakin teruk.

“Perkara ini dilihat dalam media sosial apabila rata-rata pengunjung mengeluh kera­na tetap terpaksa mengharungi kesesakan trafik walaupun sekatan terhadap kenderaan daripada menggunakan sebahagian jalan di sini telah dilaksanakan.

“Ini juga membuktikan pe­laksanaan sekatan terhadap ken­deraan berat daripada meng­gunakan laluan di sini bagi mengurangkan kesesakan trafik dibuat tanpa ada kajian teliti,” katanya kepada Utusan Malaysia. Sekatan terhadap kenderaan barangan juga tidak sesuai kerana ada kenderaan yang terlibat membawa barangan segar se­perti sayur yang terpaksa dikutip di beberapa tempat di kawasan tanah tinggi itu, “ ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya