Sediakan peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja tempatan

Sediakan peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja tempatan

LEE Ting Han (lima dari kiri) melakukan majlis pecah tanah Alton Intelligent Technology di Kawasan Perindustrian Tropicana, Mukim Jeram Batu, Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang masuk ke Johor dijangka bertambah pada tahun ini dengan adanya pelbagai sokongan dan galakkan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, sokongan tersebut termasuklah dari segi lokasi yang sesuai, infrastruktur dan modal insan (pekerja).

Katanya, pada tahun lalu, Johor berjaya menarik FDI sebanyak RM70.6 bilion satu pencapaian yang tidak diduga didorong daripada pelbagai lawatan ke beberapa negara bagi melabur ke negeri itu.

Menurut beliau, jika usaha ini terus dilakukan dibantu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menubuhkan pasukan khas bagi memudahkan cara bagi membantu pelabur memulakan proses kerja dan sebagainya.

“Kemasukkan FDI ini telah membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan selain limpahan ekonomi kepada pengusaha kecil yang terlibat di dalam sesuatu industri tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah Alton Intelligent Technology di Taman Perindustrian Tropicana, Mukim Jeram Batu, di sini pagi tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Dr. Badrul Hisham Kassim; Pengurus Besar Alton Technology Sdn. Bhd., He Shunlian dan ADUN Pekan Nanas, Tang Eng Meng.

Pelaburan sebanyak RM800 juta yang meliputi tiga fasa melibatkan 399 hektar tanah dijangka membuka peluang pekerjaan kepada 4,000 pekerja di mana 80 peratus mengunakan tenaga tempatan.

Alton Intelligent Technology yang berpengkalan di China merupakan pengeluaran barangan peralatan untuk industri seperti penyedut hampagas, peralatan penyelenggaran luar dan sebagainya.

Syarikat tersebut telah membuka operasi mereka sebelum ini di Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Belanda dan Johor merupakan negeri pertama di Malaysia dipilih untuk operasi di rantau Asean. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya