‘Saya tidak pandai bermadah di media sosial’ hanya beri perkhidmatan pada rakyat’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak pandai bermadah di media sosial’ hanya beri perkhidmatan pada rakyat’

SABRINA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pakatan Harapan (PH) berkeyakinan mendapat sokongan rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas kebanyakan pengundi sebelum ini mengakui kecewa tersilap memilih calon Parlimen di situ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Calon PH kerusi DUN Jitra, Sabrina Ahmad, 45, berkata, menerusi kempen turun padang sejak beberapa hari lalu, beliau mendengar rintihan rakyat yang mengeluh tidak dapat bertemu Ahli Parlimen di sini bagi mengadu nasib walaupun telah diberi mandat sebelum ini.

Katanya, walaupun PH tewas di Parlimen Kubang Pasu pada PRU15, namun parti tersebut tidak pernah menutup pejabat dan sentiasa menerima kehadiran rakyat yang memerlukan perkhidmatan mereka.

“Kita (pemimpin) perlu berkhidmat buat rakyat dan bukan sekadar untuk popular dengan menggunakan platform politik.

“Jadi pengundi diharap tidak mengulangi kesilapan itu kerana setiap pilihan mereka akan melibatkan jangka masa yang panjang untuk dibaiki iaitu selama lima tahun,” katanya sewaktu ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) PH DUN Jitra, di sini, hari ini.

Sabrina bakal menghadapi pertembungan satu lawan satu menentang bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Haim Hilman Abdullah yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN Jitra dimenangi bekas Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan DUN berkenaan pada PRN kali berikutan prestasi buruk Pejuang pada PRU15.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertembungan dengan Hail Hilman yang disifatkan agak popular di media sosial, Sabrina berkata, pihaknya berharap pengundi kawasan itu tidak terpengaruh dan dapat berfikir dengan matang dalam membuat sebarang keputusan.

“Dalam kehidupan ini kadang-kadang apa yang ditonjolkan di media sosial itu bukan realiti dan hanya indah khabar dari rupa dengan memaparkan perkara yang baik semata-mata untuk tarik perhatian orang ramai.

“Saya juga tak reti untuk bermadah di media sosial bagi menarik perhatian dan saya harap pengundi dapat membuat penilaian sebaiknya berdasarkan fakta bagi memilih calon mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya