Saya tak ambil tahu urusan mereka - Shila Amzah

Saya tak ambil tahu urusan mereka – Shila Amzah

Shila Amzah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Yang berkahwin mereka berdua. Jadi, saya tidak tahu dan tidak mengambil tahu urusan mereka.”

Demikian jawapan penyanyi, Shila Amzah mengenai kemelut melanda rumah tangga ibu dan bapanya, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang didakwa dalam ambang perceraian.

Sekiranya hubungan mereka bermasalah, sudah tentu kata Sheila, borang perkahwinan dengan bakal suami, Ubai tidak akan dapat dilengkapkan.

“Borang saya sudah siap, maknanya mereka masih lagi bersama.

“Kita kena tunggu tetapi itulah statusnya secara rasmi,” katanya selepas sidang akhbar konsert Rockmantic Night Judika and The Gang di Pavilion, di sini, kelmarin.

Meskipun timbul banyak salah faham, penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata, bapanya tetap hadir ketika majlis pertunangan demi hubungan kekeluargaan, sebelum ini.

“Masa nikah nanti pun, dia sudah tandatangan borangnya, dia juga adalah wali saya.

“Tidak mungkin wali hakim. Apa yang berlaku, saya anggap sebagai asam garam kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan ND Lala dan isteri kecoh diperkatakan selepas Fauziah mendedahkan wajah madunya, Datin Siti Munirah Abd. Ghani dalam Instagram.

Susulan itu, timbul desas-desus kononnya Fauziah sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada 3 April lalu.

Dalam masa sama, Shila memberi bayangan bakal bernikah dengan Ubai pada Ogos depan, setelah segala persiapan sudah dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu hanya akan diumumkan selepas ibu Ubai, Rohani Jamal yang menghidap kanser ovari tahap empat keluar hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya