Salahuddin alami pendarahan otak

Salahuddin alami pendarahan otak

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kini dilaporkan sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan hari ini.

“Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar,” kata kenyataan itu, pagi ini.

Terdahulu, KPDN memaklumkan, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar pukul 10.15 malam semalam bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah

“Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

“Pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya