Saifuddin perlu jelaskan kempen politik didakwa guna jabatan kerajaan

Saifuddin perlu jelaskan kempen politik didakwa guna jabatan kerajaan

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor mengangkat tangan kepada para penyokong PN yang hadir pada proses penamaan calon DUN Jeneri di Pejabat Tanah dan Daerah Sik. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan dakwaan sama ada mereka menggunakan jabatan kerajaan untuk menjalankan kempen politik di Langkawi, semalam.

Beliau mendakwa Saifuddin dan rombongannya menggunakan Jabatan Imigresen untuk mendaftar masuk sebuah hotel ketika kempen di Langkawi.

Katanya, tindakan Setiausaha Agung PKR yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu adalah salah kerana menggunakan jentera kerajaan dalam kempen politik. 

“Kelmarin (semalam) pun dia kempen di Langkawi guna Jabatan Imigresen check in hotel, saya tahu. 15 bilik ambik kan ‘tatakelolo’. Tak boleh tau program parti guna agensi kerajaan, itu salah. Saya tak pernah buat kerja tu dan (ini) tak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

“Jangan cakap (lain) lepas tu kita buat benda lain, cakap tak serupa bikin (umpamanya) minyak turun besok, kan dah tak turun. Lepas tu orang marah, dia marah orang balik. Jangan janji benda yang tak boleh. Saya pun tidak pernah janji yang tak munasabah, kantoi letih nak cover,” katanya selepas penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, hari ini.

Terdahulu menerusi Facebook beliau, Muhammad Sanusi turut memuat naik gambar sekeping invois tempahan hotel di Langkawi atas nama Jabatan Imigresen yang didakwa membabitkan rombongan Saifuddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata akan terus memberikan ‘soalan-soalan’ untuk dijawab Saifuddin yang didakwanya sering menyerang pentadbiran beliau dan kerajaan negeri, sejak akhir-akhir ini.

“Saya ada soalan tiap-tiap hari untuk dia, sehari satu. Saya janji nanti saya akan tembak sehari satu (sebab) dia rajin siasat itu ini (sehingga) yang tak perlu dan dah disiasat pun dia siasat lagi. Jadi oleh kerana dia rajin kita bagi dia kes untuk disiasat,” katanya. 

Ketika ditanya sama ada Saifuddin sudah menjawab pertanyaan beliau mengenai projek-projek yang menyebabkan kerajaan negeri rugi ketika di bawah Barisan Nasional dan PH sebelum ini, penyandang DUN Jeneri itu berkata, setakat ini tiada sebarang jawapan diberikan. 

Malah, Muhammad Sanusi turut menjangkakan akan berlaku fasa serangan yang berterusan terhadap dirinya sepanjang proses kempen PRN selama dua minggu yang bermula secara rasmi hari ini . 

“Serang lah apa pun kan. Saya boleh jawab saya jawab, yang tak boleh jawab saya serah Allah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya