Sabah, Sarawak alami hujan berterusan hingga Sabtu

Sabah, Sarawak alami hujan berterusan hingga Sabtu

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memberi amaran hujan berterusan di Malaysia Timur sehingga Sabtu.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata hujan akan menjejaskan Limbang di Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Kenyataan itu menyebut, pantai barat Sabah, kawasan pedalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, serta daerah Sandakan dan Kudat juga akan mengalami hujan berterusan.

MetMalaysia berkata hujan akan berada pada tahap “berjaga-jaga”. Tahap hujan “Bahaya” melibatkan lebih daripada 150mm hujan dalam masa 24 jam.

Semalam, beberapa bahagian pantai barat Sabah dilaporkan dilanda banjir kilat dan tanah runtuh selepas beberapa jam hujan lebat pada sebelah petang.

Menurut Daily Express, Angkatan Pertahanan Awam Sabah berkata beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Tuaran mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam banjir dan tanah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya