'Rundingan PH-BN Selangor selesai, kita masa berkerja'

‘Rundingan PH-BN Selangor selesai, kini masa berkerja’

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Semua rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor termasuk gerak kerja sudah selesai.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Amirudin Shari dalam program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, semua parti sama ada PH dan BN perlu bergerak bersama untuk mempertahankan kemenangan Selangor pada 12 Ogos ini.

Malah katanya, beliau telah mengarahkan semua jentera PH untuk turun membantu memenangkan semua calon termasuk daripada BN.

“Jika Datuk Megat (Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin) cakap akan turun bantu PH, saya sejak awal penubuhan Kerajaan Perpaduan dah minta semua jentera mempertahankan kubu kita.

“Yang penting 12 Ogos, kita menang dan kalahkan Perikatan Nasional,” katanya.

Terdahulu, Megat Zulkarnain menegaskan bahawa BN tidak boikot jentera dan calon PH dengan mereka akan turun membantu kemenangan parti dalam PRN Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN