Rumah Idaman Sari, Idaman Cahaya ditawar pada harga RM250,000 - Utusan Malaysia

Rumah Idaman Sari, Idaman Cahaya ditawar pada harga RM250,000

Rumah Idaman
AMIRUDIN Shari bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail  melihat replika rumah contoh pada Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Cahaya dan Pelancaran Rumah Idaman Sari di tapak projek Idaman Cahaya, Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Projek Pangsapuri Idaman Cahaya dekat Seksyen U12 di sini yang ditawarkan bermula 2021 sebanyak 1,853 unit kini berbaki 826 apabila dijual pada harga bermula RM250,000 seunit rentetan daripada program Rumah Selangorku.

Selain Idaman Cahaya, turut ditawarkan adalah Idaman Sari dekat Pulau Meranti, Puchong yang mempunyai 513 unit. Kedua-dua projek tersebut dijangka siap pada 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek pangsapuri itu merupakan fasa ketiga Rumah Idaman MBI yang dibangunkan di atas dua bidang tanah berkeluasan 6.68 hektar.

“Projek ini dibangunkan oleh Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dengan kerjasama MGB Berhad (MGB) dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM394 juta.

“Pangsapuri Idaman Cahaya memiliki 1,853 unit rumah dan dipecahkan kepada dua blok bangunan kediaman,” kataya ketika berucap pada majlis pecah tanah Rumah Idaman Cahaya dan pelancaran Rumah Idaman Sari, hari ini.

Beliau menambah, projek Idaman Cahaya akan dibina secara tiga fasa dan setiap unit akan dilengkapi dengan sebuah televisyen, peti ais, penghawa dingin pada setiap bilik serta kelengkapan perabot lain.

Bagi projek Idaman Sari, perumahan baharu itu dibina atas tapak berkeluasan 2.45 hektar mengandungi sebuah blok bangunan kediaman.

“Kerajaan negeri sentiasa komited terhadap kesejahteraan penduduk dengan menyediakan rumah berkualiti, selesa dan lengkap dengan kemudahan penting.

“Saya yakin terhadap kejayaan Idaman Sari, Idaman Cahaya, dan pembangunan Rumah Idaman MBI yang lain akan membuatkan pembeli rumah ini terutama sekali golongan muda dapat hidup selesa di kediaman milik mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata, pihaknya akan terus komited untuk membangunkan projek sedemikian di lokasi penting berprospektif tinggi di Selangor, termasuk di daerah Petaling, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurutnya, PNSB turut sama berkolaborasi di dalam membina sejumlah 22 buah projek lagi dengan kerjasama strategik pemaju-pemaju perumahan yang bereputasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya