RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau

RnR Seremban hentian pertama berteknologi hijau

ABDUL Rahman Mohamad (empat dari kiri) diberi penerangan ketika melawat RnR Seremban (Arah Selatan) yang kini sedang dalam proses menaik taraf.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (Arah Selatan) yang kini dalam proses menaik taraf menjadi hentian pertama di negara ini direka bentuk menggunakan teknologi hijau.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, RnR berkonsepkan kontemporari, moden dan mempunyai kemudahan awam bertaraf tinggi itu dijangka siap dinaik taraf pada Oktober ini.

“RnR Seremban yang dinaik taraf adalah pertama yang menawarkan konsep teknologi hijau. Ia merupakan lokasi persinggahan pengguna lebuh raya paling ramai iaitu lebih 25,000 pengguna seminggu yang berhenti di sini,” katanya selepas melawat projek naik taraf RnR berkenaan semalam.

Menurut Abdul Rahman, sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi membina semula RnR Seremban itu yang bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 10 buah gerai makanan, lapan premis perniagaan satu tingkat, tiga lot perniagaan dua tingkat, 18 kiosk, 10 push cart, lima penjaja bergerak, empat mesin layan diri serta taman permainan kanak-kanak.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menyokong industri kenderaan elektrik (EV) di negara ini, PLUS menyasarkan untuk menyediakan 100 Direct Current Fast Chargers (DCFC) menjelang 2025.

“Ketika ini, sebanyak 22 DCFC beroperasi bagi semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad. Inisiatif ini juga dilaksanakan melalui kerjasama diantara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS dan syarikat Charge Point Operator (CPO) tempatan dan antarabangsa.

“RnR Seremban (Arah Selatan) akan turut dilengkapi lapan poin pengecas di kawasan parkir kenderaan. Pihak PLUS juga berkolaborasi dengan CPO tempatan bagi membangunkan sebuah hyperstation EV pertama Malaysia di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya