RMR: Dua beradik terharu terima rumah pertama - Utusan Malaysia

RMR: Dua beradik terharu terima rumah pertama

Rumah
AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir, menyerahkan replika kunci rumah itu kepada Nur Afiqah (kanan) dan Siti Nor Aleya di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Dua beradik melahirkan rasa terharu apabila masing-masing menerima rumah pertama mereka menerusi projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan sini, hari ini.

Rasa syukur itu diluahkan Nur Afiqah Kosin, 27, dan Siti Nor Aleya, 29, yang hanya menumpang di rumah keluarga mentua mereka di daerah ini sejak lebih dua tahun lalu.

Lebih manis, pasangan dua beradik itu juga bakal berjiran kerana kediaman baharu mereka dibina secara bersebelahan atas tanah sama milik bapa mereka, Kosin Dasar, 63.

Menurut Nur Afiqah yang sedang hamil tiga bulan, dia dan kakaknya membuat permohonan projek rumah itu pada hujung tahun lalu.

“Mengikut kontrak, rumah baharu itu sepatutnya dibina dalam tempoh lebih setahun namun tidak sangka ia siap lebih awal. Saya menganggap ia sebagai rezeki anak kedua yang bakal dilahirkan dan mendapat kediaman lebih selesa untuk diduduki kami sekeluarga,” kata suri rumah itu ketika ditemui, hari ini.

Penyerahan kunci rumah teres satu tingkat itu disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Sementara itu, Nor Aleya berkata, dia terharu apabila impiannya untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai selepas menumpang bersama mentuanya di Parit 8 sebelum ini.

“Alhamdulilah, saya bersama suami dan anak lelaki berusia setahun kini dapat mendiami rumah pertama yang lebih privasi dan selesa. Selain adik perempuan (Afiqah), saya juga dapat berjiran dengan bapa yang tinggal bersebelahan dengan kami.

“Jika tiada aral, kami akan berpindah ke rumah baharu pada bulan depan selepas selesai urusan pemasangan air dan elektrik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya