RM11.5 juta naik taraf sistem perparitan di Kelantan - Utusan Malaysia

RM11.5 juta naik taraf sistem perparitan di Kelantan

NIK Nazmi Nik Ahmad (kiri) semasa mengadakan lawatan kerja ke projek menaik taraf sistem saliran di Taman Wadi Iman, Kok Lanas, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM11.5 juta bagi projek menaik taraf empat sistem saliran dalam usaha menangani masalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, empat projek di Kota Bharu itu akan dilaksanakan segera bermula pertengahan bulan ini.

Menurutnya, ia melibatkan kerja-kerja membina dan menyiapkan saliran bagi mengelakkan banjir dari Kadok ke Pasar Batu 8, Kampung Kota, kawasan belakang Istana Negeri di Kubang Kerian dan Taman Wadi Iman, Kok Lanas.

“Pelaksanaan projek itu adalah untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan terbabit bagi melindungi hampir 7,300 penduduk daripada musibah tersebut.

“Projek tersebut juga dapat mengatasi masalah banjir kilat setiap kali musim tengkujuh dan hujan lebat berikutan saliran sedia ada tidak sempurna. Kawasan itu terhalang akibat mendapan tanah dan saliran tanah di lot persendirian yang telah dikambus,” katanya selepas sesi lawatan kerja ke projek menaik taraf sistem saliran di Taman Wadi Iman, Kok Lanas di sini hari ini.

Nik Nazmi memberitahu, kesemua empat projek yang melibatkan keluasan 452 hektar itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Menurutnya, projek-projek berkenaan sekali gus akan dapat mengurangkan kesan banjir di kawasan penempatan penduduk yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya