Rezeki dengan radio sudah berlalu - Linda Onn - Utusan Malaysia

Rezeki dengan radio sudah berlalu – Linda Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGAK lama tidak mendengar khabar bekas penyampai radio dan hos terkenal Linda Onn, 45. 

Mungkin kesibukan mengurus keluarga dan restoran My Mom’s Chicken Rice membuatkan Linda sepi dari radar dunia seni.

Kehadirannya ditemani keluarga sempena pelancaran restoran Rightside di Mont Kiara baru-baru ini mencuri perhatian. 

Bekas penyampai Era FM itu sempat berbagi cerita  tentang kehidupannya sekarang yang sibuk menguruskan perniagaan.

Jelas Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, kehilangannya daripada dunia penyiaran radio dan televisyen tiada kena mengena dengan rasa kecewa. Cuma baginya, zaman sudah berubah dan penglibatannya bersama radio dan TV sudah berakhir.

“Trend sudah berubah. Saya sendiri sudah agak lama tidak mendengar radio. Tapi tipulah kalau saya kata tak rindu kepada radio. 

“Hakikatnya saya sangat rindu nak masuk studio, putar lagu, bercakap dengan pendengar, dengar balik suara sendiri. Tapi untuk saya peluang itu sekarang sudah tiada. 

“Mungkin  sebab semua radio saya dah masuk, adalah satu dua yang belum. Dan mungkin juga saya kena jadi kelakar untuk dipanggil semula jadi penyampai pada masa sekarang,” katanya.

Linda menepis persepsi kononnya lambakan pelawak yang mendominasi bidang penyiaran radio sekarang menutup peluang untuk dia kembali menjadi penyampai radio. 

Katanya, rezeki ditentukan Tuhan dan masanya bersama radio mungkin sudah berlalu.

“Persaingan wujud sejak dulu lagi, tapi saya sentiasa melihat ia dari sudut yang positif. Bahkan setiap penyampai ada cara kendalian tersendiri. Contoh saya, kudsia Kahar, Halim Othman, Seelan Paul, kami semua berbeza.

“Saya tak boleh salahkan pelawak sebab saya dah tak dipanggil untuk sertai radio. Masa saya sudah berlalu dan ketika saya aktif dahulu,  ia bukan tempoh yang sekejap

“Nak kata puas, tidak. Tapi saya tak pernah dengki dan perasaan itu tiada dalam kamus hidup saya,” jelasnya.

ANAK PUNCA KEKUATAN

Ibarat patah sebelah kaki, pemergiaan ibu, ayah dan abang sulung Linda telah merubah hidupnya yang selama ini mendapat kekuatan dari insan-insan tersebut.

Namun katanya dia bersyukur, kelompangan itu diisi anak-anak dan suami yang menceriakan kehidupan.

“Anak-anak kekuatan dalam hidup saya, dulu, ibu ayah. Selepas mereka tak ada, abang sulung tempat saya bergantung. 

“Tapi dia juga pergi menghadap ilahi Ogos lepas membuatkan saya hilang kekuatan saya. Tapi Allah gantikan dengan anak-anak.

Sempat ditanyakan tentang Hari Raya Aidiladha lepas, Linda memaklumkan sambutan perayaan tersebut dalam keadaan sederhana bersama suami dan anak-anak.

“Nak kata tidak bermakna tak juga kerana ada suami dan anak-anak yang menceriakan suasana. Tapi tak sama dengan ketika ibu ayah dan abang saya masih ada dulu,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya