Remy Ishak timang anak pertama

Remy Ishak timang anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak mereka di sebuah hospital swasta, pukul 11.17 pagi tadi.

Berita baik itu dikongsikan Remy menerusi hantaran dalam Instagram Story yang turut memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan baik.

Bagaimanapun, jantina bayi tersebut belum didedahkan lagi.

“Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” tulisnya ringkas.

Remy mendirikan rumah tangga dengan isterinya sejak 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Beberapa bulan lalu, Remy mendedahkan sudah mempunyai nama buat cahaya mata pertamanya yang dipilih sebelum bernikah lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya