Remaja seawal 13 tahun sudah lakukan seks

Remaja seawal 13 tahun sudah lakukan seks

AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 2 Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Langkah drastik bagi mengatasi isu perlakuan seksual membabitkan remaja seawal usia 13 tahun akan dibincangkan di Kabinet tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan secara dasarnya memandang serius isu berkenaan dan ia amat membimbangkan.

Beliau berkata, isu perlakuan seksual itu akan dibawa ke pengetahuan Jemaah Menteri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Isu melibatkan remaja itu memerlukan tindakan pelbagai kementerian termasuk menambah waktu pembelajaran mengenai reproduktif bagi menimbulkan kesedaran murid dan pelajar mengenai kelakuan seksual,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil.2 Tahun 2023 di sini hari ini.

Katanya, isu berkenaan tentunya bukan soal politik tetapi masalah sosial yang sebenar dan ia perlu diatasi segera.

Sementara itu, Nancy berkata, kertas Kabinet akan disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Menurutnya, isu seksual melibatkan remaja adalah membimbangkan berdasarkan kaji selidik terhadap remaja berusia 13 hingga 24 tahun yang tidak berkahwin yang dilaksanakan KPWKM.

“Apa yang menjadi isu ialah mereka (remaja) yang terlibat dalam aktiviti seksual ini bermula seawal 13 tahun, malah, mengikut kajian ada kurang daripada itu dan ia agak membimbangkan.

“Justeru, kolaborasi semua kementerian dan agensi amat diperlukan bagi menangani isu masalah seksual dalam kalangan remaja.

“KPWKM menganjurkan program pendidikan kesihatan reproduktif di pelbagai lokasi dan kali ini kita ingin panjangkan pula ke peringkat sekolah,” katanya.

Berdasarkan kaji selidik yang dikongsikan KPWKM, sebanyak 68.8 peratus remaja berusia 16 hingga 24 tahun pernah melakukan hubungan seks manakala 31.2 peratus adalah remaja berusia 13 hingga 15 tahun.

Kajian sama mendedahkan satu pertiga peratus daripada remaja mengakses bahan lucah dan 60 peratus daripadanya mendapatkan maklumat itu daripada internet.

Selain itu, peratus prevalen remaja melakukan hubungan seks juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu 0.9 peratus pada 1994 kepada 7.6 peratus pada 2022.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya