BALING: Seorang remaja memiliki sepasang mata yang unik dan cantik apabila sebelah matanya berwarna biru jernih manakala sebelah lagi berwarna hitam. Hasniza Hussin, 43, berkata, anaknya, Muhammad Faris Mohd. Fuad, 14, mempunyai mata biru sejak dilahirkan dan dia hanya menyedari keunikan itu ketika anaknya berusia setahun. “Saya tidak menyangka mempunyai anak yang bermata biru di sebelah kanan dan mata hitam di sebelah kiri, sejak kelahirannya saya masih tidak menyedari keistimewaannya…










