REE: Kerajaan negeri perlu jelaskan kepada rakyat

REE: Kerajaan negeri perlu jelaskan kepada rakyat

MAHDZIR Khalid bersama-sama Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi (tengah) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima dalam Program Agihan Bakul Makanan bersama Puteri UMNO di Padang Terap. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung penerokaan haram unsur nadir bumi (REE) yang dipercayai masih berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik ekoran terdapat tangkapan individu kerana menceroboh kawasan itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri dalam isu itu hanya menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk tanggapan kegiatan perlombongan di kawasan berkenaan didalangi pihak tertentu.

“Kalau tak ada penjelasan, itu yang menimbulkan keraguan tentang kedudukan REE itu.  Sehingga hari ini tak ada penjelasan daripada mereka. Saya tak tahu ada dalang ke tak? Kalau dok senyap ini orang mula syak ada dalang,” katanya dalam sidang akhbar Program Agihan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kata Mahdzir, isu REE semakin parah setelah pembongkaran kes pemerdagangan manusia apabila warga asing diambil bekerja di kawasan tersebut.

“Saya fikir perkara yang dikaitkan dengan isu perlombongan ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Kerajaan negeri kena ambil tanggungjawab sama ada perlombongan itu dibuat secara haram atau berlesen.

“Apa sebenarnya yang berlaku? Ia menjadi tanda tanya kepada semua orang. Sampai hari ini tak dapat penyelesaian. Minggu ini ada dibawa ke mahkamah, ada pekerja asing yang ditahan imigresen kerana masuk secara haram, kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Kata Mahdzir, isu REE menimbulkan tanda tanya termasuk berkaitan syarikat yang diberikan permit untuk melombong di kawasan tersebut.

“Perlombongan ini syarikat mana yang ditawarkan dan dianugerahkan lesen untuk melombong. Apabila syarikat itu ditawarkan adakah syarikat itu memenuhi kriteria untuk melombong. Jika keluarkan lesen dan luluskan, apa kriterianya. 

“Semua jabatan ada prosedur operasi standard (SOP).  Kemudian ada kena tangkap, pekerja asing tak sah. Itu persoalan yang ditanya rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya