Razali cabar Ahmad Said di DUN Kijal - Utusan Malaysia

Razali cabar Ahmad Said di DUN Kijal

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Perikatan Nasional (PN) Terengganu mempertaruhkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris bagi mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Selain DUN Kijal, PN Terengganu juga mempertaruhkan empat lagi calon Bersatu lain untuk bertanding di DUN Hulu Besut, Telemong, Permaisuri dan Seberang Takir.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad mengekalkan kerusi DUN Kijal dalam pertembungan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 1,265 undi.

Pengumuman calon tersebut diisytiharkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang di Rusila, di sini, malam tadi.

Dalam PRN itu, Pas akan bertanding di 27 daripada 32 kerusi DUN dalam PRN tersebut.

Sementara itu, calon Bersatu, Khazan Che Mat pula akan mencabar bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di DUN Seberang Takir.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang disebut-sebut bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil.(PRK) Kuala Terengganu pula akan mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang.

PN tidak ketinggapan menampilkan calon wanita daripada Pas, Zuraida Md. Noor yang sebelum ini dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Wanita Terengganu sebagai calon DUN Ladang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya