Rambut Han So-hee 'botak' tengah - Utusan Malaysia

Rambut Han So-hee ‘botak’ tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon K-pop idola ramai, Han So-hee, 28, menjadi tumpuan warga maya selepas bahagian tengah rambutnya kian menipis hingga kelihatan seperti sedikit botak.

Disebabkan itu, peminat mula melahirkan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan So-hee yang berasal dari Ulsan, Korea Selatan.

Menerusi entri yang tular dalam media sosial, peminat tertanya-tanya mengenai keaadaan sebenar rambut pelakon yang membintangi drama Heavy Snow ini.

“Kalau dilihat sekilas, mungkin kerana cara gambar itu ditangkap dengan pencahayaan kan? Kulit kepala awak akan nampak lain mengikut sudut gambar yang diambil,” komen netizen.

“Saya ingat dia mempunyai rambut yang tebal semasa berlakon World of The Married,” ujar warga maya.

Sebahagian pengguna media sosial pula menempelak tuduhan tersebut kerana berkemungkinan disebabkan kesilapan sudut gambar sehingga memperlihatkan seakan-akan seperti botak.

“Saya rasa kesilapan sudut gambar sahaja.

“Apa masalahnya kalau dia kehilangan rambut, dia mendapat pendapatan yang boleh lakukan apa-apa sahaja yang diingini,” jawab netizen lain.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya