CIK Bunga sempat masuk sekejap ke ruangan live Zul Arifin di Instagram baru-baru ini.
Kebetulan dia pun agaknya nak berehat sebentar sambil berbual dengan peminat di ruangan live itu semasa berada di Mekah.
Ya. Dia masih berada di Mekah dan sebagaimana diketahui umum, Zul sedang melakukan ibadah haji.
Dalam pada ramai bertanya keadaan Zul di sana, mata Cik Bunga tertumpu pada gelagat peminat-peminat wanitanya.
Fuh… bukan main ya semua. Mentang-mentang Zul berpenampilan macam abang-abang Haji, makin ramai yang tak segan silu memanggil Zul dengan gelaran sayanglah… abanglah.. B lah.. Ramai betul dah ‘angau’ dengan Zul.
Agaknya sejuk hati bila tengok Zul pun dah kurang kontroversi dan kini lebih terarah kepada penyucian rohani. Siapa yang tak sejuk hati melihatnya bukan.
Makin eloklah orang kata. Bukan Cik Bunga kata Zul jahat sebelum ini, awas ya jangan manipulasi. Maksud Cik Bunga, Zul kini nampak lebih jernihlah. Dia pun ada sebut, kalau boleh nak selalu berada di Mekah. Dia seronok di sana.
Pula itu, muda-muda dah dapat gelaran Haji. Rasanya ramai setuju dengan Cik Bunga, Zul sekarang ada aura lain macam.
Satu yang Cik Bunga doakan, agar Zul sentiasa berada dalam lindunganNya dan dapat jodoh yang baik juga. Biar peminat yang awal-awal panggil dia sayang tu makan hati. Hehe.. Cik Bunga gurau saja.