Ramai orang Kedah cari rezeki di Pulau Pinang kerana negeri maju - Anwar - Utusan Malaysia

Ramai orang Kedah cari rezeki di Pulau Pinang kerana negeri maju – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Sentuhan Kasih Desa Pulau Pinang - Sesi Bual Bicara Komuniti TVET Bersama Perdana Menteri di Bertam, Pulau Pinang hari ini. -IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KEPALA BATAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan yang dicatatkan Pulau Pinang menyaksikan ramai penduduk Kedah datang bekerja dan mencari rezeki di negeri itu.

Disebabkan itu juga, tambah Perdana Menteri, terdapat usaha pihak tertentu untuk ‘mengambil alih’ Pulau Pinang.

“Khusus di Pulau Pinang, pelaburan yang tinggi dan kecekapan pentadbiran serta industrinya telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang termasuk penduduk Kedah yang ‘mai’ sini untuk bekerja, sebab lebih maju di sini (Pulau Pinang),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sentuhan Kasih Desa Pulau Pinang – Sesi Bual Bicara Komuniti TVET Bersama Perdana Menteri di Bertam, dekat sini hari ini yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, kemajuan pesat dicatatkan Pulau Pinang itu disebabkan negeri tersebut dijaga dengan baik oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sehubungan itu, ujar beliau, tidak ada sebab untuk penduduk Pulau Pinang menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang akan diadakan pada 12 Ogos depan.

“Kalau Kon Yeow bekerja dengan baik, tidak ada cerita sakau (rasuah), tidak ada cerita zalim dan menindas, (maka) bagi lah sokongan kepada beliau supaya kita antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, wujud kontroversi berhubung tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang terutama menerusi kenyataan yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor antaranya yang mendakwa tiada sempadan antara kedua-dua negeri berkenaan kerana Pulau Pinang adalah milik Kedah dan tidak pernah terlepas negeri itu selama ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya