Ramai cemburu pemimpin PH-BN duduk sepentas - Asyraf Wajdi

Ramai cemburu pemimpin PH-BN duduk sepentas – Asyraf Wajdi

ANWAR Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor yang berlangsung di Laman Niaga Bandar Baru Bangi.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Buat julung kalinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi duduk sepentas bagi berkempen bersama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Dua pemimpin utama parti Kerajaan Perpaduan itu hadir ke program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor yang berlangsung di Laman Niaga Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Menyentuh perkembangan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini mencatat sejarah apabila kali pertama mereka duduk sepentas untuk berkempen.

Katanya, situasi itu menyebabkan ramai yang mencemburui sehingga menuduh Islam akan terancam jika UMNO kerjasama dengan DAP.

“Saya kata pada mereka selama lapan bulan kita tubuh kerajaan, adakah Islam terancam, jawapannya tidak,” katanya di hadapan ribuan penyokong BN dan PH.

Terdahulu, ketibaan Anwar dan Ahmad Zahid mencuri tumpuan ribuan orang ramai yang membanjiri program itu apabila ketibaan mereka disambut sorakan penyokong daripada kedua-dua parti.

Selain Anwar dan Ahmad Zahid, antara pemimpin yang hadir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sebelum ini pada 24 Jun lalu, pelancaran jentera PH dan BN di Shah Alam gagal menjadi kenyataan apabila tiada kelibat pemimpin tertinggi gabungan tersebut.

PRN yang dijadual berlangsung di enam negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos ini adalah pertama buat PH dan BN yang membentuk kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya